Tamat tingkatan enam aku tidak bekerja. Tak seperti remaja-remaja lain yang sibuk mengisi masa dengan bekerja sementara menunggu keputusan exam. Ibu cakap aku hanya perlu duduk di rumah dengan membantunya menguruskan rumahtangga. Aku tak kisah sebab aku suka menggalas tanggungjawab itu.
Bagiku ini masanya aku belajar menguruskan rumahtangga. Aku kemas rumah, cuci baju, lipat baju, masak dan jaga adik-adik, maklumlah aku anak sulung dalam keluargaku. Aku perlu menjaga kempat-empat adikku Tak pernah aku menganggap semua ini bebanan kerana aku tahu ibu dan ayah terlalu banyak berkorban demi kami adik -beradik.
Ayah dan ibu merupakan insan-insan yang paling aku hormati, mereka tahu perangaiku, aku adalah harapan mereka, jadi dengan bantuan yang tak seberapa ini sedikit sebanyak aku dapat meringankan beban mereka. Ayah siang malam bekerja cari nafkah untuk kami sekeluarga. Tak pernah merunggut.
Sepanjang aku bercuti menunggu keputusan exam, tiap-tiap malam aku buat solat hajat, aku mohon pada yang Maha Esa agar temukan aku jodoh yang baik, yang boleh membimbing aku ke Jannah. Aku mohon agar aku dapat melanjutkan pelajaran aku ke universiti agar aku dapat membalas jasa kedua-dua orang tuaku yang terlalu banyak berkorban.
Apabila tiba masanya, keputusan exam aku terima, keputusanya tidak lah terlalu baik dan hanya cukup-cukup makan sahaja. Apa nak dibuat, dek kerana terlalu lalai dengan angan-angan aku lupa tanggungjawab sebagai pelajar. Buat pertama kalinya aku mohon untuk melajutkan pelajaran ke Universiti. Tapi jawapanya mengecewakan aku.
Ibu dan Ayah tak marahkan aku, mereka terus memberikan semangat. Sehinggalah satu hari ibu balik membawa senaskah surat khabar "Utusan ".Ibu cakap " Kak bukalah paper tu, ada permohonan masuk UiTM". Aku pun apa lagi terus menyelak sehelai demi sehelai, di pertengahan surat khabar itu tertera 'Permohonan Kemasukan Ke Universiti Teknologi Mara'.
Terus ibuku menyuruh aku memohon, ibu belikan aku nombor pin, terus ibu bawa aku ke CyberCafe (CC) untuk mengisinya. Selepas beberapa minggu aku isi permohonan tu, aku dapat panggilan telefon untuk sesi temuduga. Tak aku sangka akhirnya aku dipanggil temuduga sedangkan semasa mengisi permohonan aku rasa tak mungkin aku diterima kerana bidang yang aku idamkan tidak ada.
Ibu dan Ayah cakap aku harus menghadiri temuduga itu, kebetulan time interview tu jatuh pada bulan Ramadan di UiTM Kampus Arau, Perlis. Aku x putus berdoa pada yang Maha Esa agar memberiku peluang untuk membanggakan kedua-dua ibu dan ayahku. Tiba hari temuduga, ibuku mengejutkan aku seawal 2 pagi.
Aku, Ayah, Ibu dan nenek saudaraku keluar dari rumah pada pukul 3 pagi, sahur pun kami sahur di dalam perjalanan, bertapa besarnya pengorbanan ibu dan ayahku Ya ALLAH... kami sampai seawal 7 pagi, padahal sesi temuduga bermula pada pukul 9 pagi. Berdebar-debar aku rasakan, segala perasaan bercampur-baur.
Makin lama, makin ramai yang datang. Di situlah aku mengenali 3 sahabat, Mira, Nabila dan Yusri. Turut serta dalam temuduga berkenaan dua kawan sekolahku Kirin dan Faizal. Sedang asyik berbual dengan mereka, tiba-tiba namaku dipanggil.
YA ALLAH takutnya aku, apa aku nak jawab nanti. Rasa macam nak cabut pun ada, tapi mengenangkan susah payahnya ibu dan ayahku berusaha membawaku ke sini aku gagahkan juga. Soalan pertama yang diajukan kepada aku, "Kenalkan diri kamu ? Aku dengan nada yang terketaq-ketaq menjawab soalan yang diajukan. Kejap bahasa Inggeris, kejap Bahasa Melayu, dalam hati aku, habis la aku.
Salah seorang penemuduga tertarik dengan kawasan yang aku tinggal dan meminta aku menceritakan mengenai kejadian misteri yang seringkali diheboh-hebohkan orang ramai. Aku pun sebut ja, terus membuka cerita. Dek kerana terlalu leka becerita, aku terlupa perasaan takut.
Soalan berikutnya dari penemuduga kedua yang kelihatan lebih matang. " Kenapa kamu memilih bidang kewartawanan, siapa idola kamu? HAAAA.."habis aku, apa aku nk jawab, bantai ja la, " runggut hatiku. Bab idola aku hanya kenal Karam Singh Walia ja, tu pun sebab ayah aku minat sangat pantun-pantun dia semasa melaporkan berita.
Panel yang ketiga pula mintak aku yakinkan mereka untuk apa diorang patut pilih aku untuk menjadi pelajar di FAKULTI KOMUNIKASI DAN PENGAJIAN MEDIA. Aku pun apa lagi, hentam je la labu....
Apabila semuanya tiada soalan untuk diajukan, sesi temuduga berakhir, aku dengan terketaq-ketaq bangun dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada panel-panel penemuduga. Aku terus berjalan ke pintu masuk. Tiba-tiba aku jadi lupa, " aku dah ucap terima kasih ke belum?? Aku patah balik ke meja dan mengucapkan terima kasih, aku berjalan ke pintu, bila sampai sahaja di pintu, aku tertanya-tanya aku dah ucapkan terima kasih ke belum? Aku patah balik semula, begitulah keadaan aku beberapa kali sehingga salah seorang penemuduga cakap, " Adik kamu dah boleh keluar,". YA ALLAH malunya aku.. Apa yang aku buat tadi memalukan diri aku sendiri. Nie semua berpunca dari darah gemuruh aku.
Sejurus keluar saja dari bilik temuduga, aku rasa seketul batu yang berat diangkat dari atas kepala aku. "Fuhhhh, alhamdulillah, legaaaaa," berpusu-pusu Mira, Nabila, Kirin, Yusri dan Faizal mendapatkan aku. Maklumlah aku orang pertama yang dipanggil. Aku hanya bagitahu soalan yang ditanyakan. Tidak pula aku menceritakan peristiwa yang memalukan aku tadi.
Setelah selesai sesi sidang media dengan kawan-kawan kami bertukar-tukar nombor telefon, aku meminta diri dan mendapatkan kedua-dua ibu dan ayahku. Ibu dan ayahku kelihatan gembira apabila nampak aku menuju kepada mereka. Ibu tanya kepadaku "Mcm mana interview td, ok ka?, aku jawab "Ok ja, yang mana cek taktau, cek bantai ja, depa tanya idola cek, mana cek tau, cek teringat idola ayah, Karam Singh Walia, cek buh nama dia la,". Ayah ketawa dengan jawapanku.
Kami pun bertolak balik dan singgah di rumah bapa saudaraku di Sungai Batu Pahat, Perlis. Di situ, kami makan tengahari. Semasa membantu ibu saudaraku menyiapkan juadah tengahari, ibu saudaraku memberitahu agar aku harus buat yang terbaik untuk memastikan aku dapat melanjutkan pelajaranku di Universiti.
Bila ibuku bertanya kenapa, Mak Longku tidak mahu membuka cerita. Bila didesak akhirnya dia memberitahu bahawa ada seseorang mengatakan dengan sijil STPM yang aku ada, aku tak layak sambung pelajaran di Universiti. Kata orang itu, sijilku hanya layak dibuat lap kasut.
Menyirap darahku mendengarnya. Ibuku perasan aku menahan marah. Ibu urut belakangku meminta aku bersabar. Aku bertanya siapa yang cakap macam tu. Mak Long hanya dia, puas aku tanya. Akhirnya dia bagitahu yang orang itu adalah adik iparnya, emak saudaraku sendiri yang tiada pertalian darah denganku sekeluarga. Ibunya dipelihara oleh nenek ku.
Sedih aku mendengarnya, sedangkan sebelum ini dia yang lebih tua dari aku setahun jika blik cuti semester, aku la yang mengusungnya ke sana kemari membeli peralatan belajar. bila nak pindah kolej, aku la tukang angkut barangnya. Tergamak dia cakap mcm tu kat aku... "Takpa-takpa ALLAH ada,"kata hati kecilku........
No comments:
Post a Comment