Thursday, 16 October 2014

PILIHAN...

Hidup umpama satu pengembaraan... Untuk menuju ke destinasi yang di idamkan pelbagai dugaan dan cabaran harus ditempuhi. Kadang-kadang dugaan dan cabaran inilah yang menjadikan kita insan cekal,rendah diri dan taat pada yang Maha Esa. 

Hidup juga umpama satu pertaruhan yang kita sendiri belum pasti apa penyudahnya. Kita sendiri tidak tahu adakah jalan yang kita pilih akan membawa kepada penyudah yang bahagia atau derita.

Namun, semua ini bergantung kepada qada dan qadar yang Maha Esa, setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Cuma kita sebagai hamba-NYA perlu sentiasa ingat DIA tidak pernah melupakan hamba-NYA. Kita yang seringkali lupa pada-NYA.

IMPIANKU...

Aku seorang gadis biasa yang selalu menginginkan kehidupan yang bahagia bila bergelar isteri kelak... terpengaruh dengan corak kehidupan berumahtangga ibu dan ayah, aku mengidamkan sebuah keluarga yang bahagia. Tipulah kalau aku katakan ibu dan ayah tidak pernah bergaduh, tapi kesudahanya selalunya berakhir dengan kesudahan yang baik.

Dengan pengaruh filem-filem bollywood yang selalu ku tonton di kaca televisyen mahupun cd atau vcd, menjadikan aku tak sabar-sabar untuk menempuh alam rumahtangga walaupun sepatutnya aku tidak memikirkan perkara seumpama itu di usiaku. Keadaan ini berlarutan sehingga aku melanjutkan pelajaranku di Universiti. 

Masih aku ingat di bangku sekolah rendah dulu, cikgu pernah bertanya apa cita-citaku, tanpa berfikir panjang aku menjawab "Suri Rumah", semua kawan-kawanku berguling-guling mentertawakan jawapan yang aku berikan. Mungkin bagi mereka aku tidak tahu apa yang aku cakap kan. Jauh di sudut hatiku, memang itu yang aku inginkan.

Aku cuma menunduk malu, oleh sebab cikgu perasan tindakan ku itu, terus cikgu beralih kepada murid seterusnya... Aku terfikir adakah jawapan yang aku berikan tadi salah? Mungkin ya, aku terlalu banyak berangan-angan. Oleh itu, aku harus menyimpan cita-citaku itu jauh di lubuk hatiku dalam-dalam,biar aku seorang yang mengetahuinya...









No comments:

Post a Comment